Friday, September 4, 2015

Kuliah 08




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 09


Wahyu dan Sains

  1. Alam cakerawala
  2. Alam flora
  3. Alam fauna
  4. Kesimpulan


1- Alam cakerawala
Proses Kejadian Alam
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah Al Anbiya’ :30)

Tempoh Kejadian Alam
Alam dijadikan berperingkat.
Tempoh penciptaan alam adalah dalam enam masa;
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya. (Al Furqan :59)

Surah Al Fussilat :9-12
[9] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
Surah Al Fussilat :9-12
[10] Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
Surah Al Fussilat :9-12
[11] Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;
Surah Al Fussilat :9-12
[12] Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
Penciptaan Langit
Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya.
Disempurnakan penciptaan langit dengan unsur-unsur dukhan
Kemudian langit dijadikan berlapis-lapis
Daripada unsur dukhan juga terbentuk bintang-bintang dan planet
Surah Fussilat (41):11
[11] Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;
Matahari menurut Al Quran
Merupakan salah satu bintang dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way)
Pusat kepada sistem suria.
Antara sifatnya ialah bergerak dan panas
Perkataan Tajri di dalam surah Yasin
Copernicus menemukan model Holisentrik
Kelajuan pergerakan matahari ialah 768,000 km/jam mengambil masa 250 juta tahun untuk membuat satu pusingan.

Surah Yasin (36):38
[38] Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Surah Yasin (36):38
[39] Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
Surah Yasin (36):38
[40] (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
Surah Yunus (10):5
[5] Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Surah Yunus :5
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
Dhiya’ digunakan bagi jisim yang mempunyai cahaya dengan zatnya sendiri.

Dhiya’ digunakan untuk matahari atau lampu yang amat terang bercahaya dengan zat dirinya sendiri
Allah swt menyatakan matahari adalah jisim yang panas dan menjadi sumber cahaya
Cahayanya memberi manfaat kepada manusia di bumi pada waktu siang
Pada waktu malam memperolehi cahayanya melalui balikan ke atas bulan.
Cahayanya menerangi seluruh alam.
Suhu Matahari
Saintis membahagikan matahari kepada tiga bahagian
Pusat (Core Interior) = 29,000,000 0F
Lapisan Luar (Surface-photospere) = 93000F
Atmosphere (Chromesphere) = 1,800,0000F
BUMI
Salah satu planet dalam sistem suria
Jisim yang bergerak di dalam orbitnya mengelilingi matahari-berputar di atas paksinya sendiri.
Menurut Abbe Lemitre (1927M) dalam teorinya “The Big Bang” –suatu ketika dahulu wujud nukleus yang padat dan besar meletup seperti bom nuklear yang melontar keluar serpihan berbentuk bintang dan planet bertaburan.
Ahli sains juga mengenalpasti bahawa bumi ini terpisah dari kumpulan langit
Bumi Adalah Jisim Bergerak
Ini difahami dari firman Allah swt dalam surah An Naml :88 yang bermaksud :
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Bumi planet ketiga besar dalam sistem suria-jaraknya dengan matahari ialah 92,900,000 batu
Cahaya matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi.
Kadar kelajuan bumi mengelilingi matahari ialah 18.5 batu/saat (29.8 km/saat)
66,600 batu/jam (107,200 km/jam)
Mengambilmasa 365 suku hari (365 hari 6 jam) untuk lengkap satu pusingan sejauh 585,000,000 batu dalam orbit yang bujur.
Bumi berputar selaju 1,040 batu/jam(1670 km/jam) di atas paksinya.
Surah az Zumar :5
Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Yasin : 40
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
Surah An Nur [24]:44
[44] Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
Bulan
Merupakan satelit bumi – objek paling hampir
Mengelilingi bumi –beredar mengelilingi matahari
Jisim yang gelap-sejuk –tidak mempunyai cahaya sendiri
Surah Yunus[10]:5
[5] Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Nur lebih lemah dari dhiya’
Nur ialah cahaya yang didapati dari jisim gelap yang tidak mengeluarkan cahaya dari zatnya sendiri
Bulan adalah jisim kering yang tidak mempunyai atmosfera
Bulan mengambil masa 27.3 hari untuk sempurnakan satu edaran.
Alam Tunduk Di bawah Satu Sistem
Kesemua unsur yang ada di alam ini tunduk kepada satu sistem dengan berada dalam falak masing-masing
Firman Allah SWT
Tidak mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam puntidak mendahului siang dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Yasin :40)

Surah Ar Ra’d [13]:2
Allahlah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.
Ayat ini menunjukkan wujudnya pengatur dan penentu alam ini- iaitu Allah swt.

Jisim-jisim ini bergerak tanpa henti seperti mana yang telah dihukumkan ke atas mereka.
Allah swt menerangkan bahawa matahari dan bulan berenang dalam falak masing-masing.
Kedua-duanya berada dalam orbit masing-masing dalam pergerakan yang berlainan
Sekiranya kedua-duanya berada pada titik yang sama dalam orbit masing-masing akan berlakulah gerhana.


2- Fakta Al Quran Mengenai Flora

Al Quran menyebut pelbagai jenis tumbuhan, contoh dalam surag Al An’am(6):99
“Dan Dia lah Yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu Segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman Yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) Yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah Yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, Yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan Yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang Yang beriman.”

Tanaman Dan Buah Yang Disebut Di Dalam Al Quran
Antaranya :
Tin
Zaitun
Kurma
Anggur
Delima


3- Fakta Al Quran Mengenai Fauna

Klasifikasi haiwan dalam surah an nur:45
“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Surah Al Fathir :28 : “dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Haiwan Yang Disebut Di Dalam Al Quran
Antaranya :

  • Lembu betina (Al Baqarah)
  • Unta (Ibil)
  • Burung Ababil
  • Labah-labah
  • Semut (al Naml)
  • Lebah Madu (Al Nahl)

Sumber Makanan Kepada Manusia
Surah An Nahl(16):66
” dan Sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran Yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa Yang terbit dari Dalam perutnya, Yang lahir dari antara hampas makanan Dengan darah; (Iaitu) susu Yang bersih, Yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang Yang meminumnya”.
Fakta Tentang Lebah Madu
Surah An Nal : 68-69
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
Fakta Tentang Lebah Madu
Surah An Nal : 68-69
(dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Kesimpulan
Fakta sains dalam Al Quran membuktikan Al Quran datang dari Allah swt.
Mustahil manusia 1400 tahun dulu mengetahui fakta sains tersebut tanpa bantuan alat teknologi canggih.
Ayat Al Quran mencabar manusia memikirkan maksud dan tujuan hidup mereka di dunia dengan melihat dan mengkaji kejadian alam dan isinya.
Fakta sains dalam Al Quran membantu manusia untuk mengenali dan mendekati diri kepada Allah swt.
Fakta sains dalam Al Quran mampu meningkatkan keimanan manusia kepada Allah swt.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 10


Wahyu dan Sains

Fakta-fakta saintifik dalam al-Sunnah

  1. Kejadian manusia
  2. Kesihatan diri
  3. Kesihatan persekitaran
  4. Teknologi pertahanan

1- Kejadian manusia
Hadith berkenaan Proses Kejadian Manusia


 عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )).
رواه البخاري ومسلم.


Terjemahan:
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh….

dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka…

Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.


سورة المؤمنون 12-14
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ


Surah al Mukminun:12-14
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ
سورة الحج : 5

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
 Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
 Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
 Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
 Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

2- Kesihatan diri
Kesihatan diri menurut al hadith
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Kesihatan tubuh badan
Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)
Keutamaan kesihatan
Sabda Nabi  SAW yang bermaksud "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Galakan berubat
Dalam satu peristiwa,  orang Arab Badwi telah datang kepada Baginda Nabi dan mereka bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?" Maka sabda Nabi : "Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja." Maka mereka bertanya, "apakah penyakit itu?" Sabda Nabi : "Penyakit itu ialah 'tua'."  (Hadis Riwayat Ahmad)
Elakkan daripada penyakit

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Jika kalian mendengar ada wabak ta’un di sebuah negeri, maka janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan jika ta’un itu mewabak di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian untuk menghindari penyakit itu.” (Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim)

Elakkan daripada penyakit
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang yang sakit mengunjungi (bergaul dengan) orang yang sihat ” (Hadis Riwayat Bukhari)

Cara minum dan makan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabila selesai meminumnya."  (Riwayat Imam Al-Tarmizi)

Makanlah sekadar  mencukupi
Rasulullah SAW bersabda "Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas."( Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Makanan seimbang
Mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang banyak secara sekali gus.
Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya memiliki makanan seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” (Riwayat at Tirmizi)

Sains kesihatan diri menurut al hadith.  Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:


إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”

Rasulullah SAW bersabda:
النظافة من الإيمان

“Kebersihan adalah setengah dari”. (Riwayat Muslim)

3- Kesihatan persekitaran
Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”
FirmanNya yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41).


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
(سورة الروم : 40


Hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191).

Sabda Rasul SAW bermaksud: Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka”. (Abu Daud, Kitab Adab. Hadis nombor : 4561. Juzuk 4. hal. 361).

مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ (رواه ابو داود
Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: “Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.”
Bahkan penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda RasululLah s.a.w: 

عن أنس ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةٌ " (رواه البخارى و مسلم


Dari Anas, Rasul bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baginda Nabi s.a.w menyebut berkenaan pengotor:


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ ، قَالُوا : وَمَا اللَّعَّانَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ النَّاسِ ، أَوْ فِي ظِلِّهِمْ ” (رواه مسلم


Takutlah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sahabat bertanya: apakah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sabda baginda: Orang yang membuang najis di tengah jalan orang ramai atau tempat teduh mereka” (Riwayat Muslim).
Merokok ada masjid yang membenarkan ruangannya dijadikan tempat merokok ‘kelab jawatan kuasa’ dan penyokong-penyokongnya.
Bahkan disediakan pula kopi dan bekas abu untuk perokok. Apakah masjid lebih rendah nilainya dari tempat awam? Merokok itu diharamkan oleh majoriti para ulama moden kerana merosakkan diri, membazir dan menyakiti orang lain. Ia juga mencemarkan alam.
Baginda s.a.w memberi arahan kepada mereka yang memakan bawang putih


( مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلاً فَلْيَعْتَزِلْنَا أَوْ لِيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا (رواه البخارى و مسلم)



Sesiapa yang memakan bawang putih atau bawang, jangan dia menghampiri masjid kami” (Riwayat al-Bukhari dan muslim).
Ini disebabkan baunya yang busuk dan mengganggu jamaah. Demikian juga rokok dan penghisap rokok. Baunya yang busuk dan kesan pada penghisapnya mengganggu jamaah. Mereka sepatutnya –selagi berbau- tidak perlu menghadirkan diri ke masjid yang memerlukan persekitaran yang harmoni dan bersih.

4- Teknologi pertahanan
Definisi Pertahanan –perihal mempertahankan diri, agama dan negara daripada serangan musuh.
4 perkara asas bagi sesebuah negara mempertahankan negaranya adalah:
1. Strategi 2. Taktik 3. Teknologi 4. Logistik

Akhlak dalam peperangan

  • Menahan diri dari melakukan pengkhianatan.
  • Mengetahui musuh yang umat Islam menentang.
  • Tidak memerangi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran.
  • Melarang askar dari kemusnahan dan merobohkan hartanah.
  • Melarang pencacatan mayat dan membakar orang yang hidup.
  • Melindungi hak orang awam.
  • Mempercepatkan dalam menerima jemputan untuk keamanan.
  • Pencegahan perbuatan rompakan atau kejam.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 11

Syariah dan Kepentingannya dalam Sains dan Teknologi

Isi Kandungan

  1. Pengertian syariah. 
  2. Dasar-dasar pembentukan syariat. 
  3. Maqasid syariah. 
  4. Hubungan Syariah dengan Sains dan Teknologi. 
  5. Kepentingan Syariah dalam Sains dan Teknologi. 
  6. Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah. 
  7. Kepentingan Qawaid Fiqhiyyah dalam Sains dan Teknologi.

Definisi Syariah
Bahasa;
1- Perkataan syara`a - jalan yang lurus. Surah al-Jaathiah : 18.

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (al-Jaathiah : 18)


2- Sumber air yang mengalir yang digunakan untuk tujuan minuman.

Definisi Syariah
Istilah;
Hukum-hukum yang telah ditentukan Allah SWT bagi manusia untuk menjadikan mereka hamba yang beriman dan beramal demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ia meliputi :

  • Akidah
  • Feqah
  1. ‘Ibadat
  2. Mu’amalat
  3. Munakahat
  • Jenayat
  • Akhlak

Kenapa Dinamakan Syari'at?  شريعات
Sistem yang lurus, tidak menyeleweng, tidak menyimpang dan tidak ada kecacatan.
Disamakan dengan sumber mata air kerana air adalah sumber penghidupan manusia.

Manusia tidak boleh hidup tanpa air sebagaimana manusia juga tidak boleh hidup tanpa peraturan dan hukum.

Dasar Pembentukan Syari’ah

  1. Tidak menyusahkan
  2. Tiada kesusahan dalam melaksanakan pekerjaan yang berfaedah.
  3. Tidak bermaksud tiada langsung kepayahan.
  4. Pelaksanaan kewajipan mengambil kira kemudahan dan keringanan manusia. Contoh; solat jamak & qasar, solat sambil duduk, tayammum, berbuka bagi musafir dll.
  5. Kadar beban yang minima
  6. Menuntut penguasaan pengetahuan yang sedikit.
  7. Tidak banyak perincian dan pecahan untuk memudahkan pemahaman dan pelaksanaan. Contoh; peristiwa Aqra’ bin Habis mengenai ibadah haji. Dia bertanya Rasulullah ; apakah haji itu ditunaikan setiap tahun atau sekali saja? Maka beliau pun menjawab: “Bahkan sekali saja. Barangsiapa menambahinya maka itu adalah tathawwu’ (sunnah).” (HR. Ibnu Majah dengan sanad shahih)
  8. Berperingkat dalam penetapan hukum
  9. Tidak membeban dan mengejutkan manusia.
  10. Bersesuaian dengan masa dan keadaan..
  11. Sesuai dengan tabiat manusia. Contoh; pengharaman arak di lakukan secara berperingkat-peringkat
Maqasid Syari'ah (tujuan syari'ah)
  1. Pendidikan
  2. Untuk menjaga kepentingan lima perkara yang menjadi tunjang kepada kehidupan manusia :
    - Agama
    - Nyawa
    - Akal
    - Keturunan
    - Harta
  3. Menegakkan keadilan – menentukan kayu ukur kebenaran dan kebatilan. Menganjurkan pelaksanaan dan pengawalan keadilan, mengutuk penindasan dan kezaliman sesama manusia dan makhluk lain. Contoh; menjelaskan hak individu dan hak masyarakat.

An-Nahl : 90

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ


An-Nisa’ : 58

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا


Maqasid Syari’ah (tujuan syari’ah)
Sebagai satu cara untuk mendidik manusia.

Syariah dan Fiqh
Syariah ialah hukum atau peraturan yang diperundangkan oleh Allah SWT melalui Al Quran dan As Sunnah.

Hukum syariah terbahagi kepada dua :

  1. Hukum Qat’i
  2. Hukum Ijtihadi

Syariah dan Fiqh
Fiqh menurut Imam al-Ghazali:

  • Mengetahui dan memahami hukum-hukum syarak yang berhubung dengan perbuatan manusia yang mukallaf samada berupa ibadah, undang-undang atau kehakiman dan sebagainya.

Hukum ini ; wajib, sunat, haram, makruh, harus.

Kepentingan Syariat Dalam Sains dan Teknologi

  • Membawa manusia kepada kesejahteraan di dunia dan akhirat.
  • Menegakkan masyarakat yang harmoni dan seimbang.
  • Menjamin kepatuhan saintis dan teknokrat dalam membuat kajian dan menggunakan teknologi yang dihasilkan.
  • Menjadi panduan bagi membentuk saintis dan teknokrat yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi.
  • Sebagai panduan dalam penghasilan teknologi yang bermanfaat.
  • Menjadi pengukur dalam mengenali batas-batas halal dan haram.
  • Menjadi asas bagi menyelesaikan masalah dalam Sains dan Teknologi.
  • Sebagai alat untuk membangunkan sains.
  • Sebagi pendorong kemajuan sains.

Fiqh & Qawaid Fiqhiyyah
Qawaid fiqhiyyah ialah gabungan perkataan qawaid dan fiqh.
Qawaid; (قواعد)
Daripada qaidah (kaedah) – asas, tapak atau prinsip.
Kumpulan kaedah atau formula bagi menentukan sesuatu perkara atau isu.

Fiqhiyyah;(فقهية)
Daripada fiqh.
Kefahaman ulama berasaskan ijtihad masing-masing terhadap sesuatu syariat (ayat hukum) bagi membolehkan umat Islam menghayati maksud yang terkandung dalam sesuatu syariat.

Qawaid Fiqh;
Satu kaedah atau prinsip umum hasil dari ijtihad ahli fiqh untuk memahami sesuatu nas terhadap masalah-masalah cabang yang baru muncul dalam masyarakat sama ada mengikut saluran istishab, qiyas, istihsan, masalih mursalah, sad zara`i dan adat resam.

Jumlah qawaid fiqhiyyah berbeza mengikut mazhab.
Perkembangannya adalah:

  1. Al-umur bi maqasidiha (الامور بمقاصدها)
  2. Al-yaqin la yuzal bi syak (اليقين لايزال بالشك)
  3. Al-Dharar yuzal (الضرر يزال)
  4. Al-dharurat tubih al-mahzurat (الضـرورات تبیح المحظورات)
  5. Al-`aadatu muhakkamah (اَلْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ)

Qawaid Fiqhiyyah Ialah prinsip-prinsip (kaedah-kaedah) feqah Islam.
Kaedah kulliyah iaitu kaedah umum yang dipraktikkan ke atas masalah detail.
Perkara pokok yang dilaksanakan ke atas masalah cabang atau cawangan.
Maudhuk (fokus) utama ialah perbuatan mukallaf.
Objeknya ialah hukum syarak.
Cara untuk menetapkan hukum bagi perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf bagi perkara-perkara yang tidak disebut hukumnya secara jelas di dalam Al Quran dan As Sunnah.
Qawaid Fiqhiyyah menggunakan prinsip atau kaedah asas menetapkan hukum tersebut.

Kandungan Qawaid Fiqhiyyah
Setiap masalah feqah tertakluk pada prinsip tertentu.
Mengetahui prinsip tersebut dan dalil-dalilnya .
Mengetahui sebab masalah itu tertakluk kepada prinsip tersebut.
Mengetahui masalah-masalah lain yang sama tertakluk kepada prinsip tersebut.

Kaedah 1:
Al-umur bi maqasidiha (Setiap urusan dinilai mengikut niatnya) (الامور بمقاصدها)
Maksud prinsip : Niat merupakan pengukur/neraca bagi setiap amalan.
Setiap pelaksanaan urusan berkaitan agama tidak mendatangkan kesan jika tidak didahului dengan niat.

Sumber dalilnya: Maksud sabda Rasulullah SAW; Sesungguhnya segala amalan itu dimulakan dengan niat…

Maksud sabda Rasulullah SAW; Manusia dibangkitkan berdasarkan niat mereka.
Niat adalah cetusan yang tersembunyi di dalam hati seseorang ketika dia hendak melakukan sesuatu atau tidak.
Niat yang baik hendaklah disertai cara perlaksanaan yang baik.

Kaedah 2 :
Al-yaqin la yuzal bi syak (keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan) (اليقين لايزال بالشك)
Kaedah ini bermaksud keraguan yang timbul selepas keyakinan tidak boleh diambilkira bagi mengubah sesuatu perkara / urusan yang telah diasaskan atas dasar keyakinan.

Sumber kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Abu Said al-Khudri r.a; “Apabila seseorang dari kamu syak tentang jumlah rakaat yang telah dilakukan pada masa solat sama ada tiga atau empat, hendaklah diketepikan syak (keraguan) dan binalah di atas apa yang telah diyakini…”

Kaedah 3:
Ad-dharar yuzal (Kemudharatan dihilangkan atau dihindarkan) (الضرر يزال)
Satu prinsip yang unggul dapat diaplikasikan dalam kehidupan manusia dengan jaminan syarak.
Kaedah ini menetapkan segala perkara yang boleh menyebabkan kemudharatan hendaklah dijauhi dan dielakkan. Contoh: membina rumah atau menanam pokok diharuskan, tetapi keduanya dilarang apabila mendatangkan bahaya seperti membina rumah di tepi jurang yang dalam.

Dalil bagi prinsip ini ialah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Al Muwatta’ dari Amru bin Yahya dari bapanya : “Tidak mudharat dan tidak memudharatkan”
Menghilangkan kemudharatan mungkin akan menimbulkan kemudharatan yang lain
Timbul pertentangan antara menghilangkan kemudharatan dengan kemudharatan lain yang akan muncul.

Kaedah 4:
al-dharurah tubihul mahzurat ; Ia bermaksud keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang  (الضـرورات تبیح المحظورات)
Dalil kaedah ini ialah maksud firman Allah swt dalam surah Al Maidah, 3: ”…..maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda yang haram)sedang ia tidak cenderung melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya)…

فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Maidah: 3)

Pemasalahan Dari Kaedah Ini

  • Harus makan bangkai masa darurat.
  • Harus minum arak kerana terlalu dahaga di masa ketiadaan air.
  • Harus berubat dengan najis pada mana tidak ada ubat yang suci.
  • Harus buang dari kapal untuk menyelamatkan kesemua yang lain dari tenggelam.
  • Harus merampas harta orang berhutang.
  • Dharurah dikira mengikut keadaannya
  • Kaedah ini sebagai ikatan kepada kaedah dharurat mengharuskan yang ditegah.
  • Makan yang haram sekadar untuk melepaskan diri dari kelaparan.
  • Harus melihat aurat yang sedikit sahaja / yang diperlukan seperti dalam rawatan perubatan.

Contoh Aplikasi Prinsip;

  • Penjual senjata dilarang menjual senjata di waktu berlaku perang saudara kerana penjualannya itu akan memarakkan lagi peperangan yang berlaku.
  • Peniaga ditegah untuk menaikkan harga barang keperluan ketika berlaku kekurangan barang keperluan. 
  • Petani dilarang menanam tumbuhan yang menghasilkan candu atau dadah.
  • Kerajaan berhak menghalang mufti yang jahil dari mengeluarkan fatwa atau mengajar orang ramai melakukan helah dalam syarak. 
  • Kerajaan berhak menghalang doktor yang tidak diiktiraf dari membuka klinik kepada orang ramai.
  • Semua perkara yang melibatkan kemudharatan am terhadap masyarakat samada dalam agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta benda hendaklah ditegah kepada individu.
  • Kerajaan berhak mengambil tanah dan membayar pampasan untuk tujuan pembangunan.
  • Kuarantin untuk elak penyakit merebak.
  • Kerajaan berhak mengambil tanah dan membayar pampasan untuk tujuan pembangunan.
  • Kuarantin untuk elak penyakit merebak.
  • Membunuh babi bagi mengelak wabak JE.
  • Larangan monopoli individu terhadap keperluan umum.
  • Larangan menyembunyikan barang untuk menaikkan harga.
  • Saidina Umar Al Khatttab menghalau orang yang menyeru orang ramai melakukan perkara-perkara bid`ah.

Kaedah 5:
Al-`aadatu muhakkamah (Adat penentu hukum)  (اَلْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ)
Adat ialah kebiasaan-kebiasaan yang menguasai sebahagian besar sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan atau amalan.
Syarat diambil kira adat sebagai penentu hukum :
Tidak bercanggah dengan Al-Quran dan al-Sunah
Menjadi kebiasaan kepada sebahagian masyarakat dan diamalkan secara berterusan.
Masih diterima pakai oleh masyarakat ketika masalah yang memerlukan hukum timbul.
Menjadi kebiasaan kepada sebahagian besar pihak yang terikat dengan hukum syarak yang digubal.
Sandaran kepada kaedah ini ialah :
Hadis Aisyah r.a bermaksud :  “Hindun, ibu kepada Muawiyah telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Abu Sufyan (suaminya) adalah seorang yang kedekut. Salahkah aku mengambil wangnya secara diam-diam? Rasulullah SAW menjawab: Ambillah untuk keperluan dirimu dan anak-anak seperti mana menurut kebiasaan.” Riwayat Bukhari.
Kata-kata Abdullah Ibn Mas’ud di dalam Musnadnya : “Apa yang dipandang baik pada umat Islam adalah baik di mata Allah.”

Kaedah Lain

1- Al-aslu fi al-asya’ al-ibahah (Asal bagi sesuatu perkara adalah harus)

Sebagai agama yang bersifat praktikal, Allah SWT membuka ruang yang luas kepada hambanya untuk memanfaatkan segala isi kandungan bumi untuk kehidupan mereka.
Keharusan tersebut perlu dihindarkan sekiranya terdapat dalil-dalil syara' yang melarangnya atau mengharamkannya.
Setiap yang dilarang oleh Allah SWT, mempunyai kebaikan untuk hamba-hambanya, sekalipun pada pandangan zahir manusia tidak mengetahui hikmahnya.
Terdapat beberapa perkara yang didiamkan syara’ – tidak di sebut dan menjadi khilaf antara Mazhab.
Dalil hadis terhadap perkara tersebut:
Hadis yang diriwayatkan oleh Al Bazar dan At Thobrani dari hadis Abu Darda’ yang bermaksud:   “Perkara yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan perkara yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan maka terimalah kamu kemaafanNya kerana Allah tidak mungkin lupa terhadap sesuatu”
Masalah Yang Timbul Dari Kaedah Ini
Melakukan IVF (In Vitro Fertilization) – halal ?
Melakukan pembedahan plastik kosmetik?
Teknologi genetik dan DNA ?
Hukum memakan zirafah/tupai/landak?

2- Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taisir / Kesukaran Mendatangkan Kesenangan

Masyaqqah – kesukaran yang dimaksudkan dalam kaedah ini ialah bergantung kepada sebab-sebab syarak antaranya ialah :
Musafir
Sakit
Paksaan
Kelupaan
Jahil
Umumul Balwa ; surah al-Haj ayat 78, "Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."

Asas kaedah ini ialah :
Surah al-Baqarah : 185

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


Terjemahan …..Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran......

Hadis dari Jabir bin Abdullah, sabda Rasulullah SAW: “Aku dibangkitkan dengan agama yang cenderung kepada kebenaran dan kemudahan.”

Riwayat Imam Ahmad ; Hadis dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan.”  Riwayat Bukhari



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 12

Syari’ah dan Kepentingannya dalam Sains dan Teknologi
  • Kepentingan QF(قواعد فقهية)
  • Aplikasi qawaid fiqhiyah dalam S&T
  • Teknologi yang diharuskan
  • Teknologi yang tidak diharuskan
Kepentingan QF Dalam S&T
  • Memudahkan pemahaman tentang falsafah sesuatu hukum dibentuk.
  • Memudahkan seseorang mengingati masalah-masalah fiqh.
  • Menjadi asas penting dalam menggubal hukum bagi sesuatu masalah baru.
  • Meningkatkan keupayaan seseorang dalam mengkaji dan menguasai ilmu fiqh.
  • Menggabungkan segala macam cabang hukum mengenai pelbagai masalah ke dalam satu rumusan yang padu.
Teknologi Yang Diharuskan
  • Merawat memulihkan kecacatan
  • Menyelamatkan nyawa
  • Meningkatkan mutu atau kualiti
  • Mempertahankan maruah agama
  • Memberi keselesaan
Teknologi Yang Dilarang
  • Tujuan jenayah
  • Merosakkan
  • Memfitnah
  • Aktiviti tidak sihat
Teknologi Yang Diharuskan
a) Merawat memulihkan kecacatan, menyelamatkan nyawa
  • Pengklonan terapeutik (rawatan) bertujuan mengatasi kekurangan sel, tisu, organ
  • Teknologi genetik seperti tabung uji
  • Teknologi nuklear dengan tujuan mengesan penyakit
  • Pembedahan plastik untuk mengembalikan kesempurnaan, hilang keaiban, kembalikan fungsi anggota badan
  • Pemindahan organ dan derma darah
b) Meningkatkan mutu atau kualiti
  • Penggunaan tenaga nuklear bertujuan  penyimpanan dan pengawetan makanan , menghapuskan bakteria
c) Mempertahankan maruah agama dan negara

  • Penghasilan senjata dan pertahanan negara
  • Peralatan dan kelengkapan ketenteraan yang moden


d) Memberi keselesaan
  • Kemudahan perhubungan
  • Memberi perlindungan keselamatan
Teknologi Yang Dilarang
a) Tujuan jenayah
  • Pembedahan dengan tujuan menukar / menyamar identiti
  • Memudahkan melakukan jenayah.
Teknologi Yang Dilarang
b) Merosakkan
  • Pengklonan reproduktif.
  • Teknologi genetik yang mengakibatkan kecelaruan nasab, ibu tumpang.
  • Teknologi nuklear atau senjata dengan tujuan berperang.
  • Teknologi Yang Dilarang
c) Aktiviti tidak sihat
  • ICT untuk sebar fitnah,
  • Pornografi
  • Hasutan dan lain-lain.
  • Akibatnya merosakkan pembangunan nafs mereka.
Isu-isu Sains & Teknologi

  • Pemindahan Organ
  • Isu Pengklonan Manusia dan Haiwan
  • Kejuruteraan genetik makanan

Hukum Pemindahan Organ Di Dalam Islam
  • Tujuan: Merawat pesakit
  • Hukum: Fuqaha’ telah memutuskan bahawa hukum pemindahan organ adalah harus.
  • Sebab: Matlamat Syara’ (maqasid Syari’ah) yang memandang berat terhadap maslahat manusia, pemeliharaan nyawa manusia.
Hukum Pendermaan Organ Di Dalam Islam
  • Pendermaan organ dibolehkan di dalam Islam sebagai sedekah.
  • Penderma organ akan melapangkan kepayahan yang dideritai oleh para pesakit selama ini.
  • Ulama’ mengharuskan pendermaan organ dari seseorang yang telah meninggal dunia kepada yang masih hidup, jika si mati telah mengizinkan sewaktu hayatnya, atau warisnya mengizinkan pendermaan tersebut.
Penderma
  • Pendermaan dari seseorang sewaktu hayatnya
  • Pendermaan dari seseorang setelah ia meninggal dunia

Isu Pengklonan

a) Keburukan pengklonan ;
  • Melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendah-rendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan.
  • Kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.
  • Mampu meruntuhkan institusi keluarga
  • Fatwa Pengklonan: Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, telah membuat keputusan: “bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah diharamkan kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.”

Isu Kejuruteraan Genetik

  • Penyelidikan dan penemuan yang dapat mengurangkan atau menghilangkan kesengsaraan manusia (penyakit, wabak dsb) adalah dibenarkan dalam Islam.
  • Islam membenarkan selagi ia tidak digunakan kepada perkara-perkara yang haram dan memudharatkan manusia.
  • Kitab Majma' al-Fiqh al-Islamiyah ; “… dibenarkan di dalam Islam menggunakan teknologi mengklon dan kejuruteraan genetik di dalam kes-kes kuman dan makhluk mikroskopik, tanam-tanaman dan binatang di dalam had dan panduan syariah, matlamatnya untuk kepentingan awam dan menghilangkan kemudharatan.”
  • Akademi Fiqh Islami (31 Oktober, 1998); “tidak menjadi kesalahan memanfaatkan kebaikan kejuruteraan genetik, alat-alatnya di dalam bidang pertanian, pembiakan binatang di dalam keadaan yang selamat serta menjaga keselamatan alam sekitar dari apa-apa kemudharatan”.
  • Jika tanaman dan binatang tersebut dibenarkan di dalam skop syariah, maka ianya halal dimanfaat dan dijadikan sebagai makanan.

Isu bioteknologi
  • Umat Islam perlu peka dalam meneroka bidang ilmu yang semakin berkembang kini terutamanya bioteknologi agar kita mampu bersedia menghadapi cabaran dan dapat mempertahankan diri daripada serangan- serangan berbentuk baru kerana bioteknologi boleh dijadikan senjata oleh musuh Islam dalam memerangi umat Islam itu sendiri.
  • Oleh itu, menjadi kewajipan kita mengikuti perkembangan ilmu terkini agar diri kita menjadi kian mantap dan menguasai pelbagai cabang ilmu.
  • Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili.
  • Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak.
  • GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.

Isu radioaktif
  • Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya kian meluas.
  • Kesan daripada letupan bom boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas.
  • Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan.
  • Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.

Kesimpulan
Kaedah Feqah Islam berlandaskan kepada sumber utama Al Quran dan Hadis. Dikembangkannya ke dalam seluruh aktiviti manusia mukallaf termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Setiap perbuatan mukallaf ada hukumnya. Perbuatan ahli sains tidak terlepas dari hukum Allah SWT.
Sekian


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)