Thursday, June 9, 2016

Tajuk Syarahan Mingguan



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)


Friday, September 4, 2015

Kuliah 01

Taklimat kursus
Objektif kursus
Kandungan Kursus

1. Perkembangan Sains dan Teknologi Dalam Islam

1.1 Sains dan teknologi zaman anbiya’
1.2 Sains dan teknologi zaman Rasulullah SAW
1.3 Sains dan teknologi zaman kerajaan-kerajaan Islam
1.4 Sumbangan sains dan teknologi Islam kepada peradaban dunia

2. Sains dan Teknologi Dalam Islam

2.1 Konsep sains dan teknologi Islam
2.2 Kepentingan sains dan teknologi Islam
2.3 Peranan sains dan teknologi dalam Islam
2.4 Kesan pengabaian sains dan teknologi dalam Islam

3. Wahyu dan Sains

3.1 Wahyu sebagai sumber sains dan teknologi
3.2 Fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah

4. Syariah dan Kepentingannya dalam Sains dan Teknologi

4.1 Kepentingan syariah dalam sains dan teknologi
4.2 Konsep Qawa’id Fiqhiyah
4.3 Aplikasi Qawaid Fiqhiyah dalam sains dan teknologi

5. Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi

5.1 Pengenalan etika Islam
5.2 Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi
5.3 Isu-Isu etika dalam sains dan teknologi moden

Rujukan
1. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an,  Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
2. Jamnul Azhar Hj Mulkan (Dr. Hj), al-Qur’an dan Sains, Kedah: Pustaka Darussalam Sdn Bhd, 2001.
3. Mohd Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syari ‘at Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid, 1999.
4. Zulekha Yusoff dan Asmak Hj Ali, Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam Islam, Universiti Teknologi MARA: UPENA, 2007.
Rujukan Tambahan
1. Ab Latif b. Muda (Ustaz) dan Rosmawati  Ali @ Mat Zin (Ustazah), Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ilham Abati Ent. 2000
2. Ab. Aziz Mohd Zin, Keagungan Pencipta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka DBP), 1995.
3. Abdul Latief Ghazali, Rahsia kejadian Tubuh dan Organ Manusia Menurut al-Qur’an dan Sains, Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise, 2000.
4. Abdul Latif Samian, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1993.
5. Abu Ar-Razi al-Ahmadi, Menyingkap Keajaiban al-Qur’an Mengikut Kajian Sains, Selangor: Pustaka Ilmi, 2002.

Penilaian 
  • Syarahan
  • Perbincangan 
  • Pembentangan 
  • Ujian
  • Kuiz
Panduan Tugasan (assignmant):

Tajuk individu
Format penulisan:
  • page setup: line spacing - 1.5, 
  • font Arial saiz 12 (justify) 
  • Cover
  • Tajuk esei 
  • Nama, 
  • No. Pelajar, 
  • Fakulti, 
  • Kumpulan, 
  • Nama Pensyarah, 
  • Tarikh hantar 
Panduan Menulis Sebuah Tugasan (esei);
  • Daftar isi kandungan 
  • Penghargaan 
  • Pendahuluan 
  • Isi perbincangan (sekurang-kurangnya 4 fakta dan huraian)
  • Cadangan/Kesimpulan 
  • Rujukan / bibliografi (5 rujukan yang sesuai) + WAJIB ada rujukan bertulis.
  • Internet dari sumber yang sah sahaja; spt Jurnal, Web rasmi (sila rujuk pensyarah)
Bilangan muka surat antara 15 ms hingga 20 ms

Tarikh akhir serahan : ……………………………..

Panduan Pembentangan:
Menggunakan Powerpoint
Kandungan power point mengandungi:
  • Cover
  • Isi kandungan
  • Huraian 
  • Kesimpulan
  • Rujukan
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 02

Keperluan Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Sebagai satu kaedah untuk mendidik manusia berfikir bagi mengetahui kisah peristiwa dan ketamadunan umat terdahulu.

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.  Al-A’raf :176


فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Untuk mengambil iktibar, yang baik dibuat teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Terjemahan: Demi sesungguhnya kisah-kisah nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatang iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu serta hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf  :111).

Untuk mengetahui;
  • Sumbangan sarjana sains Islam dalam bidang sains dan teknologi. 
  • Sumbangan para nabi terdahulu yang boleh dianggap sebagai perintis kepada sains dan teknologi. 
  • Untuk menyedarkan masyarakat Islam terhadap sumbangan generasi terdahulu yang seagama dengannya dan seterusnya membangkitkan semangat bekerja dan menimba ilmu ke arah pembentukan masyarakat yang maju.
1. Nabi Adam AS
Penguasaan Nabi Adam tentang nama segala benda dan kegunaannya.
Menurut Ibn al-Athir, Nabi Adam a.s diajar oleh Allah SWT melalui Jibril AS cara-cara menanam pokok dan membuat besi.

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

“Dan dia telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda- benda dan gunanya dan kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman : Terangkanlah kepadaku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan orang yang benar.”  Surah Al Baqarah :31

Nabi Nuh a.s
Nabi yang ke empat selepas Adam, Syith dan Idris a.s. dan keturunan ke sembilan dari Nabi Adam a.s.
Ayahnya ialah Lamik bin Metisyalih bin Idris. Beliau berada di tengah-tengah kaumnya berdakwah selama 950 tahun dengan menggunakan pelbagai kaedah tetapi pengikut tidak sampai 50 orang.
Ilmu sains dan teknologi yang dapat diambil dari Nabi Nuh ialah tentang pembuatan kapal 
Untuk membina kapal secara logiknya perlu menguasai ilmu mathematik, fizik dan pertukangan.
Untuk mengemudikan kapal perlu memilikki ilmu geografi dan astronomi.

فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَإِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ ۙ فَاسْلُكْ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ ۖ وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا ۖ إِنَّهُم مُّغْرَقُونَ

Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas. (Al Mukminun :27).

  • Kapal tersebut dilaporkan telah dijumpai oleh orang-orang yang terdahulu dalam tamadun Babilonia, di Bukit Judi, di Timur Utara Jazirah Ibn Umar di Kurdistan 
  • Ia diperbuat dengan menggunakan besi logam, selain daripada kayu (Ibn al-Athir,1978:39). Panjangnya tiga ratus hasta dan lebarnya lima puluh hasta sebagaimana yang tercatat dalam kitab Taurat 
Nabi Ibrahim as.

  • Nabi Ibrahim a.s. adalah putera Tarih (Azar) bin Tahur bin Saruj bin Rau’ bin Falij bin Sam bin Nuh a.s. 
  • Dilahirkan di Faddam A’ram, dalam kerajaan Babilon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama Namrud bin Kan’aan. 
  • Mewarisi kepakaran ilmu bintang daripada ayahandanya. 
  • Pemerhatian Nabi Ibrahim a.s. mungkin dipengaruhi oleh amalan bapanya Azar dan penduduk-penduduk setempat yang membina alat-alat tertentu untuk melihat bintang-bintang di langit.
 وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
Terjemahan: dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang Yang percaya Dengan sepenuh-penuh yakin. (Surah Al An’am : 75).

Pembinaan Kaabah
Kisah pembinaan Kaabah dikaitkan dengan bimbingan Allah terhadap Nabi Ibrahim a.s
Pembinaannya dengan mengambil batu-batu dari lima gunung iaitu: Hira’, Tsabir, Labanan, Thur dan Khair.
Binaan yang kukuh dan erat batu batannya.

4) Nabi Daud AS
Daud bin Yisya adalah seorang dari tiga belas bersaudara, dan keturunan ke tiga belas daripada Nabi Ibrahim a.s. 
Antara kepakaran yang dikuasainya ialah teknologi dalam pembuatan baju besi.
Mukjizat kurniaan Allah SWT kepadanya ialah kebolehan melembutkan besi, sehingga beliau dapat membuat baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya sahaja tanpa menggunakan api. 

Firman Allah swt :
أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ ۖ وَاعْمَلُوا صَالِحًا ۖ إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Serta kami wahyukan kepadanya : “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu amal-amal yang soleh, sesungguhnya aku maha melihat akan segala yang kamu kerjakan.” Saba’(34):11

5) Nabi Sulaiman AS
Nabi Sulaiman mempunyai kehidupan yang mewah, kaya dan menguasai manusia, haiwan dan jin. 
Istana baginda, dindingnya daripada batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara.
Banyak perkara yang tidak dapat diterangkan oleh sains moden berlaku pada zaman Nabi Sulaiman, antaranya ialah :
Keupayaan untuk berkomunikasi dengan haiwan
Menjadikan jin sebagai pekerja dan hamba
Menggunakan angin sebagai kenderaan

Firman Allah swt :

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ ۖ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ ۖ وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ

Terjemahan: “Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya; sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan kami alirkan baginya air dari tembaga; dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja dihadapannya dengan izin Tuhannya, dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami, kami akan merasakannya pukulan dari azab api neraka.”  - Surah Saba’ :12 

Kisah Sulaiman dan Balqis
Firman Allah swt :

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ ۖ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا ۚ قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ ۗ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Setelah itu dikatakan kepadanya: ”Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyinsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata:” sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca.” Balqis berdoa:”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.” Al-Naml:44

1) Kaum ‘Ad

  • Kaum Nabi Hud a.s 
  • Hidup tanpa mengenal Allah dan membuat patung yang dinamakan Shamud dan al-Hattar untuk disembah
  • Hidup mewah hasil dari pertanian yang subur dan membina binaan/gedung-gedung di dataran-dataran yang tinggi.
  • Moral runtuh kerana hidup tanpa hidayah Allah SWT.
  • Masyarakat hidup dalam keadaan jahiliyah
Dinyatakan dalam 68 ayat dalam 10 surah , antaranya ialah
Surah Hud ayat 50 – 60
Surah al-Mukminun ayat 31 – 41
Surah al-Ahqaf ayat 21- 26
Surah al-Haqqah ayat 6 - 8

Balasan Ke Atas Kaum ‘Ad

Firman Allah swt:

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ
فَهَلْ تَرَىٰ لَهُم مِّن بَاقِيَةٍ
“Adapun kaum ‘Ad (kaum Nabi Hud a.s), maka mereka telah dibinasakan dengan angin kencang, yang melampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka 7 malam 8 hari terus menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon-pohon kurma yang tumbang dan lompang. Dengan demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? Surah al-Haqqah : 6-8

2) Kaum Thamud

  • Adalah kaum yang diutuskan Nabi Salleh a.s kepada mereka.
  • Mereka mewarisi kekayaan dan kemewahan kaum ‘Ad yang telah dimusnahkan oleh Allah SWT
  • Teknologi memahat gunung dan batu besar untuk dijadikan kediaman di satu tempat yang dinamakan Wadil-Qura
Firman Allah swt :

وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ
“dan kaun Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah Wadil-Qura.” Surah Al Fajr(89):9
Dianugerahkan mukjizat seekor unta betina yang keluar dari batu pada sebuah bukit.

Kisah ini dinyatakan dalam Al Quran oleh 72 ayat dalam 11 surah antaranya
Surah Al A’raf ayat 73-79
Surah Hud ayat 61-68
Surah Al Qamar ayat 23-32

Balasan Ke Atas Kaum Thamud

Firman Allah swt :



وَكَانُوا يَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا آمِنِينَ

فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ

فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).  Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi di waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.”  Surah Al Hijr : 82-84

3) Teknologi Zaman Firaun
Firman Allah swt :

وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ

“Dan Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal dan kukuh.” Surah Al fajr(89):10
Bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun kekal sehingga kini yang dikenali sebagai Piramid.

Balasan Ke Atas Firaun

Firman Allah swt dalam surah Al fajr (89): 10-14
10. Dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh?
11. (semuanya itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
12. Lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
13. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)”

Pengajaran Dari Peristiwa Sejarah

Kehancuran Kaum ‘Ad
Kehancuran Kaum Thamud
Kehancuran Fir’aun
Disimpulkan oleh Allah SWT dalam surah Al Haqqah dari ayat 4 hingga 12 seperti berikut :-

4.Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) Yang menggempar dan mengharukan itu.
5.Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan Dengan (petir) Yang melampau dahsyatnya.
6. Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan Dengan angin ribut Yang kencang, Yang melampau kencangnya, -
7. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (Kalaulah Engkau menyaksikannya) maka Engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma Yang (tumbang dan) lompang.
8. Dengan Yang demikian, Dapatkah Engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
9. Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang Yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri Yang telah ditunggang balikkan - Dengan melakukan perkara-perkara Yang salah.
10. Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka Dengan azab Yang sentiasa bertambah.
11. Sesungguhnya kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke Dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
12. (Kami lakukan Yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) Yang mahu menerima pengajaran.

Pengajaran Dari Peristiwa Sejarah 
  • Allah mampu menukarkan rahmat menjadi bala
  • Kemewahan dunia mampu menyesatkan manusia
  • Balasan bagi kaum yang mengingkari ayat-ayat Allah
  • Iman menjadi neraca penilai bagi Allah SWT




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 03

Sains dan teknologi zaman Rasulullah s.a.w

Kebangkitan Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan kebenaran mesej yang dibawa oleh para Rasul terdahulu. Rasulullah memperbetulkan aqidah dan tauhid umat manusia terlebih dahulu.

Ilmu akidah dan tauhid adalah ilmu yg tidak mampu dijangkau oleh akal manusia yg terbatas. Kerana itulah Allah menghantar utusanNya untuk membimbing manusia agar tidak tersesat.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar yg Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w dan masih kekal hingga ke hari ini. Ia terpelihara sehingga kini dan merupakan satu-satunya kitab Allah yg selamat daripada penyelewengan.

Rasulullah s.a.w juga menjadi contoh akhlak yang paling mulia dan terpuji.
Rasulullah memberikan bimbingan bermula dari perkara asas (akidah, akhlak dan syariah) sehinggalah kepada pelbagai cabang kehidupan.

Pemakanan
Rasulullah s.a.w bersederhana dalam pemakanan. Makan makanan yg bukan sahaja halal tetapi juga baik dan berkhasiat. Cth: susu, madu, kurma, kismis. Zaman sekarang byk makanan yg halal tetapi kurang berkhasiat. Cth – maggie, air bikarbonat.

Pembinaan
Rasulullah s.a.w membina Masjid Quba’ setelah berhijrah ke Madinah. Masjid ini didirikan atas asas taqwa, bukan semata-mata mementingkan keindahan dan rupa bentuk.

Politik dan pemerintahan 
Piagam Madinah merupakan perlembagaan negara yang pertama dalam sejarah dunia.

Teknologi dan strategi peperangan 
adanya syura dan usaha yang bersepadu antara fizikal dan spiritual. Cth: peperangan khandak. Membina parit, sanggup menggali parit dalam keadaan lapar bersama-sama para sahabat walaupun Baginda adalah orang tertinggi, mengambil kira pandangan org yang bukan arab (Salman Al-Farisi).

Pertanian 

  • Usaha para khalifah untuk memulih dan menambah prasarana pertanian
  • Membina saliran
  • Melebar sungai dan terusan
  • Membuat empangan
  • Membuka tanah pertanian baru
  • Membuat penyelidikan
  • Usaha para khalifah untuk memulih dan menambah prasarana pertanian
  • Antara wilayah yg banyak keluarkan hasil : Mesir, Syam,Yaman, Iraq, Maghribi, Khurasan dan Andalus
  • Jenis2 hasil pertanian: Bijirin, buah2an, sayur2an dan ternakan

Perindustrian
Jenis-Jenis industri :

  • Tenunan, hamparan & permaidani yg dikeluarkan oleh wilayah Iraq(Baghdad) Syiraz dan Asfahan(parsi)
  • Pinggan mangkuk dari wilayah Mesir dan Syam
  • Barangan kaca, tembikar dan mozek dari wilayah Baghdad, Mesir dan Syam
  • Barangan kulit dan senjata dari wilayah Mesir, Andalus dan Maghribi
  • Perhiasan dan batu permata dari wilayah Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan
  • Kertas dari wilayah Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus

Perdagangan

  • Berkembang dengan pesat, antara sebab:
  • Adanya pembukaan wilayah2 baru yg memberi peluang pasaran
  • Perkembangan industri perkapalan
  • Adanya karya2 tentang hukum hakam perniagaan dan galakan dlm bidang ini
  • Berkembang dengan pesat, antara sebab:
  • Merupakan kemahiran bangsa Arab sejak dahulu lagi
  • Adanya langkah2 positif kerajaan :
  • Membina pusat2 perniagaan yg dilengkapi perigi di jalan2 utama
  • Berkembang dengan pesat, antara sebab:
  • Membina rumah2 api utk panduan kapal2
  • Mengetatkan kawalan keselamatan utk mengelakkan ancaman lanun dan perompak
  • Adanya "laluan Sutera" ke Canton-, China
Faktor-faktor Kemajuan Sains dan Teknologi Islam
  • Agama dan Kesatuan Budaya Islam
  • Arabisasi dan Peranan Bahasa Arab
  • Pemerintah dan Kegiatan ilmu Pengetahuan
  • Akademi , Sekolah, Balai Cerap dan Perpustakaan
  • Peranan Sarjana
  • Perdagangan Antarabangsa
Faktor kemunduran Sains dan Teknologi Islam
  • Kelemahan Politik
  • Serangan Barbar
  • Fanatisme Agama
  • Wujud Kekuatan Barat
  • Revolusi Industri

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 04

Sumbangan institusi saintifik pada zaman kerajaan Islam

HOSPITAL
  1. Bayaran percuma
  2. Dibina berdekatan dgn masjid
  3. Pusat pengajian dan penyelidikan perubatan
  4. Pusat rawatan
  5. Pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran
  6. Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan
  7. Memperkenalkan kaedah pembedahan
  8. Pembuatan alat-alat perubatan dan karya-karya dalam bidang perubatan
PERPUSTAKAAN
  1. Perpustakaan Baitul Hikmah – diasaskan oleh K.Harun Al-Rasyid.
  2. Pusat penterjemahan karya-karya tamadun silam
  3. Pusat pengumpulan manuskrip
  4. Melahirkan golongan penterjemah yg mahir & bahan terjemahan yg berkualiti
  5. Melahirkan budaya ilmu dalammasyarakat
  6. Melahirkan tokoh yg menguasai pelbagai disiplin ilmu
  7. Mempelbagaikan peranan perpustakaan:
  8. Pusat pertemuan para cendekiawan
  9. pembelajaran
  10. Pusat penyelidikan
BALAI CERAP
  1. Pusat penyelidikan dan pengumpulan data
  2. Pusat latihan dan pembelajaran astronomi
  3. Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam asronomi, spt matematik, trigonometri, algebra.
  4. Memudahkan urusan kehidupan manusia – kalendar, jadual musim, penentuan waktu.
  5. Membuat pembetulan data-data yg kurang tepat dalam tamadun silam
  6. Menghubungkan manusia dan alam dengan Pencipta
Faktor kecemerlangan tokoh-tokoh sains Islam:
  1. Sistem pendidikan bersepadu
  2. Integrasi ilmu dan iman,
  3. Tujuan menuntut ilmu kerana Iman
  4. Ilmu untuk diamal
  5. Iman mendorong menuntut ilmu
  6. intelek dan wahyu
  7. Sains bersumberkan al Quran
  8. Penemuan sains selari dengan wahyu
  9. Galakan al Quran supaya membuat kajian
Faktor kecemerlangan tokoh-tokoh sains Islam:
Penekanan kepada maratib al-’ilm

Martabat ilmu wahyu adalah lebih tinggi:
  1. Bahasa Arab
  2. Tauhid
  3. Feqah
  4. Tasauf
  5. Sejarah
  6. Tabi’i
  7. Kajian
  8. Pemerhatian
  9. Ilham
  10. Falsafah
Faktor kecemerlangan tokoh-tokoh sains Islam:
  1. Penekanan kepada etika dalam bidang keilmuan
  2. Etika pembelajaran dan penghasilan teknologi
  3. Pengiktirafan dan penghormatan terhadap para sarjana dan cendekiawan
  4. Menghubungkan ilmu dgn Allah.
  5. Ilmu milik Allah
  6. Allah mengajar manusia 
  7. Manusia dengan Pencipta.
  8. Khalifah Allah
  9. Hamba Allah
Pengaruh & Sumbangan Sains dan Teknologi Islam Kepada Peradaban Dunia
1) Sumbangan Sarjana Islam

Al-Khawarizmi
  • Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) adalah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra. 
  • Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. 
  • Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematika dan menghasilkan konsep-konsep matematika yang begitu populer yang masih digunakan sampai sekarang.
Ar Razi
  • Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865M – 925M. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.
  • Al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. 
  • Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri.  
  • Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secara meluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan.  
  • Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah. 
  • Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas. Pada usia tiga puluh dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit, memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. 
Sumbangannya kepada perubatan
  • Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. 
  • Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu. 
Ibn Sina
  • al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina di kenali di barat: Avicenna (987-1037). Di lahirkan di Afshanah, Bukhara, Turkistan. Berbangsa Parsi 
  • Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
  • Taat beragama, Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang  keperluan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah. 
  • Karya dalam Perubatan; Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
  • Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
  • Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. 
  • Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). 
  • Bidang Geografi; Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles 
4) Pengaruh Penginstitusian Di Malaysia

Sekolah

  • Pendidikan Islam
  • KAFA
  • Pelaksanaan j-Qaf di sekolah

Universiti

  • Universiti Islam ; UIA dan USIM
  • Pengajian secara khusus
  • Pengajian Islam sebagai teras

Perpustakaan

  • Perpustakaan Islam
  • Koleksi bahan berunsurkan agama Islam

Hospital

  • Hospital Islam
  • Penerapan nilai-nilai Islam

Balai cerap

  • Sebagai institusi khusus
  • Balai Cerap Universiti Malaya
  • Balai Cerap UniSZA
  • Balai Cerap Melaka
  • Pusat pencerapan

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 05

Definisi Sains Dan Teknologi Islam

  • Sains diambil dari perkataan Inggeris ‘science’ .
  • Ia berasal dari perkataan Latin ‘scientia ’, yang bermaksud ‘tahu ’ atau ‘ilmu pengetahuan’.

Definisi Sains Dan Teknologi Islam

  • Sains dalam bahasa Arab disebut al-`ilmu.
  • Menurut Kamus DBP ; sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain).

Sains ialah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabii.

Melalui kaedah yang berobjektif melalui kajian bereksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh diuji kebenarannya

English Oxford Dictionary : “suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem  dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri”.

Sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian empirikal.

Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukan subjektif, seperti dengan intuisi, sangkaan atau emosi.

Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yang rasional dan emperikal.

Konsep Sains dan Teknologi Dalam Islam
  • Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam dan kita tidak diizinkan untuk  memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama.
  • Malah dalam Islam untuk menunaikan ibadat khusus juga memerlukan kepada pengetahuan dalam bidang sains.
  • Sains merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta. 
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia berpandukan kepada wahyu. 
Sains Islam
  • Sains merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta. 
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia berpandukan kepada wahyu. 
Maksud Sains Islam
  • Ilmu pengetahuan yang lahir hasil gabungan unsur fizik dan metafizik atau gabungan antara ilmu intelek (acquired knowledge) dan ilmu wahyu (revealed knowledge) yang pada prinsipnya selaras dengan dasar dan konsep asas dalam Islam.
Maksud Teknologi
  • Dari segi bahasa dirujuk kepada bahasa Yunani:
  • Techne - seni atau kerja tangan
  • Logos  - wacana atau kata-kata sistematis atau teori
Maksud Teknologi
Dari segi istilah :
  • Ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem.
  • Biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri.
  • Kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan.
Definisi Teknologi
Teknologi :
  • Penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31).
  • Sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. 
Antara tujuan utamanya ialah :
  • Untuk memudahkan sesuatu proses kerja
  • Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Menjimatkan masa
Teknologi Dalam Islam
  • Teknologi penggunaan pengetahuan sains untuk membangunkan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan manusia.
  • Istilah sina`ah dipakai dengan maksud ilmu gunaan (applied science).
  • Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
  • Tujuan utamanya ialah memberikan kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
  • Islam hanya menerima teknologi yang memberi manfaat tanpa unsur kerosakan serta tidak terkeluar dari etika serta prinsip asas Islam.
Kesimpulan
Islam hanya menerima bentuk teknologi  yang boleh memberi manfaat seperti untuk  kemudahan dan kemakmuran kepada ummah. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.

Ciri-ciri Sains Islam
1) Ciri Keagamaan
  • Wahyu dan ilham sebagai sumber.
  • Dikaitkan dengan prinsip ketauhidan.
  • Peranan tuhan dikaitkan dalam hukum kausal.
  • Sains digunakan sebagai alat mencari keredhaan Allah.
  • Penyaksian terhadap kebesaran Allah SWT.
  • Sebagai kaedah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  • Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam yang kukuh.
2) Ciri Saintifik
  • Kesepaduan Antara Ilmu wahyu dan Ilmu Akal / Pemikiran
  • Kaedah Emperikal
  • Kaedah Rasional
  • Kaedah Objektif
  • Kaedah Analisis
  • Kaedah Sintesis
3) Ciri Universal / Sejagat
  • Penghasilan sains dan teknologi dalam tamadun Islam disumbangkan oleh muslim dan non-muslim dari pelbagai bangsa.
  • Skop dan bidang penulisan yang luas.
  • Keahlian sarjana sains Islam dalam pelbagai bidang.
4) Ciri Sepadu
  • Tidak memisahkan antara pelbagai cabang ilmu.
  • Tanggungjawab fardhu ain dan fardhu kifayah yang sepadu.
  • Kajian yang bersifat menyeluruh.
  • Kajian alam fizik yang tidak terpisah daripada metafizik (ketuhanan).
  • Mengkaji alam tabii adalah mengkaji sifat allah SWT.
5) Ciri Harmoni
  • Tidak terdapat percanggahan antara sains dengan agama.
  • Kajian sains menuju kepada matlamat terakhir iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT
  • Sains Islam membawa keharmonian kepada alam dalam melaksanakan tugas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Kuliah 06

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Keperluan mempelajari dan memahami sains dan teknologi kerana;
Tuntutan Agama
  • Melaksanakan tugas khalifah
  • Mengambil ikhtibar
  • Mampu menentu dan meramal
  • Mampu berkarya dan berinovasi
Tuntutan Agama
  • Tauhid
  • Mengesakan  Allah
  • Maarif kepada Allah
Tuntutan Agama
Syariat
  • Halal 
  • Najis
  • Wajib
  • Haram
  • Makruh
  • Harus 
Tuntutan Agama
Akhlak
  • Hubungan dengan Allah
  • Hubungan sesama manusia
  • Hubungan dengan alam
  • Mengutamakan sifat mahmudah
  • Menghindari sifat mazmumah
Ibadah
  • Syahadat 
  • Solat
  • Zakat
  • Puasa 
  • Haji
Melaksanakan tugas khalifah
  • Politik
  • Ekonomi
  • Sosial
  • Pendidikan
Dakwah
Jihad
Ketenteraan
Muamalat

Mampu menentu dan meramal

  • Matematik
  • Statistik
  • Astronomi
  • Astrologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Botani
  • Kajian
  • Pemerhatian
  • Ilham
Mampu berkarya dan berinovasi
  • Kemampuan ijtihad
  • Seni bina
  • Seni muzik
  • Seni ukiran
  • Seni sulaman
Perusahaan logam
  • Persenjataan
  • Peralatan daput
  • Peralatan tani
  • Kenderaan
PERANAN SAINS ISLAM
  • Membantu manusia mengenali Allah SWT sebagai pencipta alam.
  • Membantu manusia memahami persoalan Tauhid kepada Allah SWT.
  • Menegakkan hakikat kebenaran Islam.
  • Membawa manusia sentiasa bersifat tafakkur
  • Membantu manusia memenuhi keperluan material
  • Membantu dalam perlaksanaan syariat Allah SWT.
  • Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al Quran dan As Sunnah
  • Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan.
  • Memudahkan kehidupan manusia
Tuntutan Mengkaji Sains dan Teknologi Dalam Islam  
  • Sains adalah fardhu kifayah yang membantu untuk melaksanakan fardhu ain
  • Tuntutan Mengkaji Sains dan Teknologi Dalam Islam     
  • Ayat-ayat Al Quran menyeru manusia berfikir, menggunakan aqal, membanding, mengkaji,
  • Tuntutan Mengkaji Sains dan Teknologi Dalam Islam     
  • Sains adalah ilmu pelengkap kehidupan manusia, hidup manusia menjadi mudah dan sempurna hasil kemajuan sains dan teknologi
Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat Islam
  • Umat Islam menjadi lemah – pengguna bukan pencipta
  • Umat Islam terpaksa belajar dari Barat
  • Ciptaan sains barat banyak melalaikan manusia
  • Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat Islam
  • Sains digunakan dengan cara yang bertentangan dengan syariat
  • Tidak dapat mempertahankan diri dari serangan Barat dan mengharapkan Barat untuk mempertahankan negara Islam
  • Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat Islam
  • Kesan sosial – maruah umat Islam jatuh
  • Kesan sosial – umat Islam menjadi mundur dan ketinggalan
  • Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat Islam
  • Kesan politik-berlaku penjajahan ke atas negara Islam
  • Kesan ekonomi- negara Islam bergantung kepada kuasa asing untuk mendapatkan teknologi walaupun negara Islam kaya dengan sumber alam.
  • Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi Ke atas Umat Islam
  • Kesan dalam pendidikan – perlaksanaan sistem pendidikan dualisme
  • Kesan kesihatan- keperluan ubat-ubatan bergantung kepada teknologi Barat.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)