Kesan Pengabaian Etika
- Lahirnya teknologi mengikut
kehendak komersil tanpa menghiraukan hukum
- Lahir saintis yang ego
merasakan kuasa di tangan mereka dengan menentukan nilai sesuatu baik atau
buruk
- Berlaku kerosakan kepada
alam sekitar kerana kerakusan sains
- Pengabaian kepada ekosistem
dan habitat alam
- Mengejar keuntungan
semata-mata dengan eksploitasi alam tanpa batasan
- Lahirnya saintis dan
teknokrat yang tidak bermoral
- mementingkan wang, kuasa
dan nama semata-mata
- Pengabaian aspek nilai dan
etika
- Membangunkan penyelidikan
yang tidak memenuhi tuntutan agama
- Penyelidikan mementingkan
kejayaan semata-mata
- Mengikut tuntutan tertentu
seperti mendapat nama dan ganjaran
Isu-isu etika dalam sains
- Sebab berlaku Krisis Nilai
dan Etika dalam Sains:
- Tidak memahami konsep Islam
sebagai al-Din
- Tidak memahami konsep
manusia sebagai insan
- Tidak memahami
tanggungjawab manusia sebagai khalifah
- Tidak jelas matlamat sains
dan teknologi
- Tidak memahami nilai etika
dalam Islam
- Kemampuan manusia terbatas
Pengklonan Manusia
Satu persidangan khusus oleh cendekiawan Islam bersama dengan
pertubuhan pengamal perubatan Muslim Kuwait yang diadakan di Casabalanca
pada tahun 1998 telah mencapai kata sepakat bahawa pengklonan tidak
mencabar dan mempersoalkan kepercayaan Islam.
Majoriti ulama bersetuju bahawa pengklonan dibenarkan dalam kes
tumbuhan dan haiwan sahaja, tidak kepada manusia. Ini kerana,
pengklonan manusia akan membawa kepada masalah moral dan sosial
yang kompleks.
Perlu ditegaskan di sini bahawa walaupun Islam membenarkan proses
pengklonan tumbuhan dan haiwan, tetapi proses ini adalah hanya
bertujuan untuk meningkatkan produktiviti tumbuhan atau haiwan
tersebut semata-mata
Kebaikan
Mengatasi kekurangan tisu dan sel
Mengatasi kekurangan organ
Keburukan
Merosakkan sistem kekeluargaan
Menjejaskan akidah
Bertentangan dengan akidah
Nuklear
Kebaikan
Meningkatkan kualiti produk
Mengesan penyakit lebih awal
Menyimpan dan mengawet makanan
Alternatif kepada sumber tenaga
Keburukan
Kemusnahan ekosistem
Kebocoran radio aktif
Kemalangan nuklear
Pembedahan Plastik
Kebaikan
Memberi kesempurnaan anggota
Menghilangkan keaiban/kecacatan
Membina semula kecacatan/cedera
Mengembalikan fungsi anggota
Keburukan
Merubah ciptaan Allah SWT
Menipu rupa/anggota
Mendatangkan kemudaratan/kesan sampingan
Bayi Tabung Uji
Bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan
ovumnya dengan sperma suaminya diluar anggota perempuan itu (bukan secara
tabi’i)
Tiga kaedah yang dijalankan :
1. IVF - in vitro fertilization
2. GIFT - gamete intrafallopian transfer
3. Artificial Insemination
1. IVF: adalah persenyawaan berlaku di dalam kaca. sperma lelaki dan
ovum perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang
sesuai. setelah disenyawakan, embrio terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim
ibu.
2. GIFT - pemindahan gamet ke dalam salur rahim. sperma dan telur akan
dicampur dan kemudian disuntik kedalam salur rahim. selepas dipindahkan,
gamet-gamet akan tersenyawa seperti proses normal dalam tubuh tanpa bantuan
reproduksi. selepas persenyawaan, embrio akan bergerak ke dalam rahim seperti
biasa dan begitu seterusnya kehamilan normal berlaku.
3. Permanian beradas artificial insemination adalah kaedah yang
menyalurkan air mani lelaki ke dalam rahim wanita tanpa perlu melalui jalan
persetubuhan biasa.
Muzakarah jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-5 telah menetapkan
hukum bayi tabung uji atau yang berkaitan dengannya sebagai berikut:
1. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara
“terhormat” adalah sah disisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan
suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.
2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali nikah
dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara
yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat
Pengguguran Kandungan
Definisi:
Pengguguran kandungan ialah mengeluarkan kandungan dari rahim sebelum
tiba tempoh bersalin dengan tujuan untuk mematikan kandungan tersebut.
Hukum :
Haram menggugurkan janin berusia 120 hari ke atas melainkan sebab
dharurat seperti :
1. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa kandungan itu memberi mudharat
besar kepada ibu jika terus dibiarkan didalam rahim ibu.
2. Bilangan pakar perubatan yang membuat pengesahan tersebut hendaklah
bilangan meyakinkan dan terdiri daripada mereka yang adil dan dipercayai.
3. Tiada cara lain selain mengugurkan kandungan untuk menghindari
kemudharatan kepada si ibu.
Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa tidak harus atau haram
menggugurkan janin berusia kurang dari 120 hari melainkan dengan sebab wujudnya
keperluan yang diiktiraf oleh syara’.
1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian)
yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia
boleh hidup seperti buta, cacat sebelah tangan atau kedua-duanya, cacat kaki,
kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur
bayi di bawah 4 bulan.
3. JANIN mengidap kecacatan yang serius yang membawa kematian . seperti
tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian
sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, keyakinan tinggi
hasil analisa doktor pakar.
5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
Bagi pengguguran mangsa rogol, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 bertarikh I Julai
2002 telah menetapkan sebagai berikut :
1. Haram mengugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari
kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah
ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
2. Pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya
janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Pemakaian Gelang
Tujuan berhias adalah haram secara mutlak kerana menyerupai wanita.
Perubatan ; diberi kelonggaran dengan syarat dharurat dan sudah tidak
wujud lagi ubat lain yang dapat menyelamatkan nyawa dan dengan syarat ia tidak
menyerupai perhiasan wanita serta terbukti secara klinikal
"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah
gelang perubatan". Rasullullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak
memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu
daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda,
maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " (Riwayat
Imam Ahmad)
Jenis-jenis gelang yang diharamkan kepada lelaki:
- Gelang Kayu koka
- Gelang Kristal
- Gelang Tasbih
- Gelang Getah plastik
- Gelang Besi magnet
- Gelang Besi Tabung Haji
(apabila berada di Malaysia)
Jenis-jenis gelang yang diharuskan
- Gelang pesakit semasa
berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
- Gelang pesalah/penjenayah
(dipakai oleh penjenayah yang telah di tangkap polis)
- Gelang kaki bagi pesakit
gila/jiwa.
Isu ICT:
- Isu utama dikenalpasti
termasuklah, penyebaran maklumat palsu, gambar-gambar yang
dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral.
- Hal ini dilihat amat mudah
diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif
tanpa kawalan dan pengawasan. Jika tidak dikawal, perkara ini
memberi kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja
sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar.
- Antara kesannya ialah
peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan
mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak
langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi
seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi.
- Selain itu terdapat isu
utama dikenalpasti termasuklah, penyebaran maklumat palsu,
gambar-gambar yang dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral.
- Perkara ini dilihat amat
mudah diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara
negatif tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya tidak dikawal,
perkara ini memberi kesan yang besar kepada psikologi dan
tindak-tanduk remaja sekaligus membawa kepada permasalahan moral
yang lebih besar.
- Kesan yang mungkin dapat
dilihat ialah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah
dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak
langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi
seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi. Isu seterusnya
yang dilihat sebagai ancaman kepada perkembangan ICT adalah
penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka
dan penuh percaya.
- Melalui ICT juga telah
membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan
berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Ini
bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja bahkan golongan
dewasa dan profesional juga terdedah kepada permasalahan ini
sehingga mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara penting negara
sekaligus menyebabkan masalah yang lebih besar kepada negara.
- Kesan kepada remaja boleh
dilihat dengan banyaknya laporan-laporan yang didedahkan terhadap kes-kes
kehilangan remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.
Isu lain yang dilihat kritikal apabila, tersebar luasnya
penipuan dalam bentuk kewangan melalui internet.
Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai
mangsanya.
- Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan berbagai cara, contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut.
Sebab Berlaku Krisis Nilai
- Manusia lupa sifat dirinya
sebagai hamba dan khalifah kepada Allah SWT
- Tidak memahami matlamat
yang ingin dicapai.
- Tidak memahami konsep nilai
dalam Islam
- Sikap manusia yang ego
lantas menafikan kemampuannya yang terbatas
- Sikap tamak menguasai diri
dengan mengutamakan kepentingan diri
- Keinginan mencapai kejayaan
yang segera
Cabaran Sains Teknologi Terhadap Umat Islam
- Fahaman yang bertentangan
seperti sekularisme, rasionalisme, humanisme
- Mengabaikan persoalan etika
- Kelemahan umat Islam dalam sains dan teknologi
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA
013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)