Friday, September 4, 2015

Kuliah 07

Wahyu dan Sains

Hasil Pembelajaran

  1. Mengetahui hubungkait sains dan teknologi dengan sumber wahyu.
  2. Mengetahui dan menghayati kebesaran Allah SWT sebagai pencipta alam dan segala isi kandungannya.
  3. Mengetahui dan meyakini hakikat kebenaran kitab suci al-Quran dan Rasulullah SAW.


Isi kandungan

  1. Wahyu sebagai sumber S&T
  2. Peranan al-Quran
  3. Peranan al-Sunnah
  4. Fakta-fakta saintifik dalam al-Quran
  5. Alam tabii
  6. Manusia

Wahyu sebagai sumber S&T
وَلَقَدْ جِئْنَاهُم بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman.  (Surah al A’raf :  52).

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Yusuf:111)

فَلَنَقُصَّنَّ عَلَيْهِم بِعِلْمٍ ۖ وَمَا كُنَّا غَائِبِينَ


Sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka). (al A’raf:7)

Peranan Al-Quran Dalam S&T

  • Kitab menggalakkan kajian sains
  • Sumber kepada ilmu sains
  • Kitab menggalakkan pembangunan teknologi
  • Panduan dalam penggunaan dan penghasilan teknologi yang diperlukan oleh manusia.
  • Kitab menggalakkan kajian sains
  • Seruan untuk mengkaji alam tabi’i
  • Memerhati/mengkaji dan mencerap alam
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ
وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ
وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

(Mengapa mereka yang kafir masih engkar akan akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaanya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (Surah al-Ghasyiyah:17-20)

  • Sumber kepada ilmu sains
  • Bersifat petunjuk
  • Memberi panduan keilmuan bidang sains
  • Menajamkan minda dan akal
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang mengetahui. (Surah al-Rum:22)

يُنبِتُ لَكُم بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالْأَعْنَابَ وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman - tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.  Surah Al-Nahl:11

  • Kitab menggalakkan pembangunan teknologi
  • Galakan membangunkan teknologi
  • Bersedia dengan teknologi semasa / moden
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya.. (Surah Al-Anfal:60)


  • Panduan dalam penggunaan dan penghasilan teknologi yang diperlukan oleh manusia.
  • Garis panduan penghasilan teknologi diperlukan.
  • Untuk membangunkan alam dan bukan merosakkan alam.

Firman Allah ;

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ


Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan -tangan manusia.  Surah al-Rum:41

PERANAN AS SUNNAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
Menggalakkan kajian sains dan ke atas alam ini.

Daripada Abu Zar r.a Rasulullah saw, bersabda bermaksud : “Fikirlah mengenai segala makhluk Allah; dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (sesat). (Riwayt Abu al-Sheikh)




عَنْ أَبِي ذَرٍّ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ: تَفَكَّرُوا فِي خَلْقِ اللَّهِ وَلَا تَفَكَّرُوا فِي اللَّهِ فَتَهْلِكُوا  (أبو الشيخ)

As Sunnah sebagai sumber kepada ilmu sains, antaranya seperti berikut :

  • Menerangkan tentang kejadian manusia
  • Menerangkan tentang sains kesihatan, antaranya berkaitan dengan:
  • Kesihatan diri
  • Kesihatan persekitaran

Hadith Rasul SAW
Dari Rofi’ Bin Khadij radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,



أنْتُمْ أعْلَمُ بِأُمُوْرِ دُنْيَاكُمْ
Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

ANALISA FAKTA SAINTIFIK DALAM AL QURAN

  • Bagi Natural Scientist (ahli sains alam tabii),  Al Quran adalah “BUKU” tentang alam.
  • Bagi seorang social and cultural scientist, Al Quran merupakan buku tentang manusia.
  • Bagi seorang ahli teologi, Al Quran merupakan buku tentang Tuhan dan Ketuhanan.
  • Bagi ahli falsafah, Al Quran menjawab persoalan asasi manusia.
  • Mengkaji alam fizikal untuk memahami alam metafizik – dengan pertunjuk Al Quran.
  • Mengenali Allah melalui tanda-tandaNya yang ada di alam tabi’i.
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
(Surah ali ‘Imran :  190).
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Surah ali ‘Imran :  191).


  • Islam dan Pengkajian Alam Tabi’i
  • Al Quran menyeru kajian alam tabi’i
  • Alam tabi’i tanda kebesaran Allah
  • Kajian alam tabi’i meningkatkan takwa, Contoh : Gesaan Al Quran Untuk Mengkaji Alam Tabi’i
  • Penerokaan manusia terhadap alam tabi’i untuk  menyingkap rahsia keagungan Pencipta, Pentadbir, Pengatur dan Penguasa sebenar alam ini. Contoh : Gesaan Al Quran Untuk Mengkaji Alam Tabi’i

Surah Al Qhasiyyah (88) : 17-20
[17] (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
[18] Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
[19] Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
[20] Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Surah Az Zariyat (51): 20-23
[20] Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Surah Az Zariyat (51): 20-23
[21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Surah Az Zariyat (51): 20-23
[22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
Surah Az Zariyat (51): 20-23
[23] Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.


  • Gesaan Al Quran Supaya Manusia Mengkaji Diri Mereka Sendiri
  • Manusia adalah sebaik-baik kejadian
  • Penciptaan manusia yang bersifat sempurna
  • Seluruh tubuh badan manusia adalah tanda-tanda Allah (ayatullah).
  • Kajian sains Islam adalah untuk  membuktikan kenyataan Al Quran adalah benar.


Kejadian Manusia
Al Quran menerangkan dengan jelas kejadian dan fungsi manusia.

  • Kejadian Adam
  • Peringkat Turab
  • Peringkat Tin
  • Peringkat Tin Al Lazib
  • Peringkat Hama’ masnun
  • Peringkat Salsal
  • Peringkat Nafkh al Ruh

Kejadian Bani Adam (anak  keturunan adam)

  • Penciptaan zuriat Adam adalah melalui percantuman benih lelaki (sperm) dengan telur perempuan (ovum)
  • Penciptaan mereka melalui beberapa tingkatan kejadian.
  • Kejadian Bani Adam (anak  keturunan adam)

Firman Allah dalam surah Nuh [71]:13
[13] Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya).
[14] Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?

Surah al Mukminun :12-15
[12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.
[13] Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh.
[14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
[15] Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

Surah Al Hajj :5
[5] Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya
Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan
Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa
dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi). Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai

Hadis Riwayat Al Bukhari & Muslim
Daripada Abu Abd Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : “Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw dan ia benar lagi dibenarkan. Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari berupa air mani, kemudian menjadi alaqah seperti yang demikian itu. Kemudian menjadi seketul daging sept yang demikian itu juga, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya , celaka atau bahagianya…….”

Peringkat Kejadian Manusia

Al Quran:

  • Nutfah
  • ‘Alaqah
  • Mudhghah
  • ‘Izam
  • Lahm
  • Nasy’ah khalqan akhar

Sains:

  • Fertilized ovum
  • Implantation
  • Somites
  • Organogenesis
  • Fetus


Proses Kejadian Manusia menurut al Quran dan Sains:

  • Nutfah – minggu pertama selepas persenyawaan berlaku
  • ‘Alaqah – minggu ke 2 & 3
  • Mudhghah – minggu ke 4
  • ‘Izam dan Lahm – minggu ke 5, 6 & 7
  • Proses Kejadian Manusia
  • Nasy’ah Akhar
  • Taswir - pembentukan rupa
  • Tasmiyah dan Ta’dil – pembentukan organ
  • Nafkh al Ruh  - ditiupkan ruh


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)