Friday, September 4, 2015

Kuliah 05

Definisi Sains Dan Teknologi Islam

  • Sains diambil dari perkataan Inggeris ‘science’ .
  • Ia berasal dari perkataan Latin ‘scientia ’, yang bermaksud ‘tahu ’ atau ‘ilmu pengetahuan’.

Definisi Sains Dan Teknologi Islam

  • Sains dalam bahasa Arab disebut al-`ilmu.
  • Menurut Kamus DBP ; sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain).

Sains ialah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabii.

Melalui kaedah yang berobjektif melalui kajian bereksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh diuji kebenarannya

English Oxford Dictionary : “suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem  dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri”.

Sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian empirikal.

Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukan subjektif, seperti dengan intuisi, sangkaan atau emosi.

Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yang rasional dan emperikal.

Konsep Sains dan Teknologi Dalam Islam
  • Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam dan kita tidak diizinkan untuk  memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama.
  • Malah dalam Islam untuk menunaikan ibadat khusus juga memerlukan kepada pengetahuan dalam bidang sains.
  • Sains merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta. 
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia berpandukan kepada wahyu. 
Sains Islam
  • Sains merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta. 
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia berpandukan kepada wahyu. 
Maksud Sains Islam
  • Ilmu pengetahuan yang lahir hasil gabungan unsur fizik dan metafizik atau gabungan antara ilmu intelek (acquired knowledge) dan ilmu wahyu (revealed knowledge) yang pada prinsipnya selaras dengan dasar dan konsep asas dalam Islam.
Maksud Teknologi
  • Dari segi bahasa dirujuk kepada bahasa Yunani:
  • Techne - seni atau kerja tangan
  • Logos  - wacana atau kata-kata sistematis atau teori
Maksud Teknologi
Dari segi istilah :
  • Ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem.
  • Biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri.
  • Kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan.
Definisi Teknologi
Teknologi :
  • Penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31).
  • Sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. 
Antara tujuan utamanya ialah :
  • Untuk memudahkan sesuatu proses kerja
  • Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Menjimatkan masa
Teknologi Dalam Islam
  • Teknologi penggunaan pengetahuan sains untuk membangunkan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan manusia.
  • Istilah sina`ah dipakai dengan maksud ilmu gunaan (applied science).
  • Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
  • Tujuan utamanya ialah memberikan kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
  • Islam hanya menerima teknologi yang memberi manfaat tanpa unsur kerosakan serta tidak terkeluar dari etika serta prinsip asas Islam.
Kesimpulan
Islam hanya menerima bentuk teknologi  yang boleh memberi manfaat seperti untuk  kemudahan dan kemakmuran kepada ummah. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.

Ciri-ciri Sains Islam
1) Ciri Keagamaan
  • Wahyu dan ilham sebagai sumber.
  • Dikaitkan dengan prinsip ketauhidan.
  • Peranan tuhan dikaitkan dalam hukum kausal.
  • Sains digunakan sebagai alat mencari keredhaan Allah.
  • Penyaksian terhadap kebesaran Allah SWT.
  • Sebagai kaedah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  • Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam yang kukuh.
2) Ciri Saintifik
  • Kesepaduan Antara Ilmu wahyu dan Ilmu Akal / Pemikiran
  • Kaedah Emperikal
  • Kaedah Rasional
  • Kaedah Objektif
  • Kaedah Analisis
  • Kaedah Sintesis
3) Ciri Universal / Sejagat
  • Penghasilan sains dan teknologi dalam tamadun Islam disumbangkan oleh muslim dan non-muslim dari pelbagai bangsa.
  • Skop dan bidang penulisan yang luas.
  • Keahlian sarjana sains Islam dalam pelbagai bidang.
4) Ciri Sepadu
  • Tidak memisahkan antara pelbagai cabang ilmu.
  • Tanggungjawab fardhu ain dan fardhu kifayah yang sepadu.
  • Kajian yang bersifat menyeluruh.
  • Kajian alam fizik yang tidak terpisah daripada metafizik (ketuhanan).
  • Mengkaji alam tabii adalah mengkaji sifat allah SWT.
5) Ciri Harmoni
  • Tidak terdapat percanggahan antara sains dengan agama.
  • Kajian sains menuju kepada matlamat terakhir iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT
  • Sains Islam membawa keharmonian kepada alam dalam melaksanakan tugas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)