Friday, September 4, 2015

Kuliah 03

Sains dan teknologi zaman Rasulullah s.a.w

Kebangkitan Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan kebenaran mesej yang dibawa oleh para Rasul terdahulu. Rasulullah memperbetulkan aqidah dan tauhid umat manusia terlebih dahulu.

Ilmu akidah dan tauhid adalah ilmu yg tidak mampu dijangkau oleh akal manusia yg terbatas. Kerana itulah Allah menghantar utusanNya untuk membimbing manusia agar tidak tersesat.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar yg Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w dan masih kekal hingga ke hari ini. Ia terpelihara sehingga kini dan merupakan satu-satunya kitab Allah yg selamat daripada penyelewengan.

Rasulullah s.a.w juga menjadi contoh akhlak yang paling mulia dan terpuji.
Rasulullah memberikan bimbingan bermula dari perkara asas (akidah, akhlak dan syariah) sehinggalah kepada pelbagai cabang kehidupan.

Pemakanan
Rasulullah s.a.w bersederhana dalam pemakanan. Makan makanan yg bukan sahaja halal tetapi juga baik dan berkhasiat. Cth: susu, madu, kurma, kismis. Zaman sekarang byk makanan yg halal tetapi kurang berkhasiat. Cth – maggie, air bikarbonat.

Pembinaan
Rasulullah s.a.w membina Masjid Quba’ setelah berhijrah ke Madinah. Masjid ini didirikan atas asas taqwa, bukan semata-mata mementingkan keindahan dan rupa bentuk.

Politik dan pemerintahan 
Piagam Madinah merupakan perlembagaan negara yang pertama dalam sejarah dunia.

Teknologi dan strategi peperangan 
adanya syura dan usaha yang bersepadu antara fizikal dan spiritual. Cth: peperangan khandak. Membina parit, sanggup menggali parit dalam keadaan lapar bersama-sama para sahabat walaupun Baginda adalah orang tertinggi, mengambil kira pandangan org yang bukan arab (Salman Al-Farisi).

Pertanian 

  • Usaha para khalifah untuk memulih dan menambah prasarana pertanian
  • Membina saliran
  • Melebar sungai dan terusan
  • Membuat empangan
  • Membuka tanah pertanian baru
  • Membuat penyelidikan
  • Usaha para khalifah untuk memulih dan menambah prasarana pertanian
  • Antara wilayah yg banyak keluarkan hasil : Mesir, Syam,Yaman, Iraq, Maghribi, Khurasan dan Andalus
  • Jenis2 hasil pertanian: Bijirin, buah2an, sayur2an dan ternakan

Perindustrian
Jenis-Jenis industri :

  • Tenunan, hamparan & permaidani yg dikeluarkan oleh wilayah Iraq(Baghdad) Syiraz dan Asfahan(parsi)
  • Pinggan mangkuk dari wilayah Mesir dan Syam
  • Barangan kaca, tembikar dan mozek dari wilayah Baghdad, Mesir dan Syam
  • Barangan kulit dan senjata dari wilayah Mesir, Andalus dan Maghribi
  • Perhiasan dan batu permata dari wilayah Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan
  • Kertas dari wilayah Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus

Perdagangan

  • Berkembang dengan pesat, antara sebab:
  • Adanya pembukaan wilayah2 baru yg memberi peluang pasaran
  • Perkembangan industri perkapalan
  • Adanya karya2 tentang hukum hakam perniagaan dan galakan dlm bidang ini
  • Berkembang dengan pesat, antara sebab:
  • Merupakan kemahiran bangsa Arab sejak dahulu lagi
  • Adanya langkah2 positif kerajaan :
  • Membina pusat2 perniagaan yg dilengkapi perigi di jalan2 utama
  • Berkembang dengan pesat, antara sebab:
  • Membina rumah2 api utk panduan kapal2
  • Mengetatkan kawalan keselamatan utk mengelakkan ancaman lanun dan perompak
  • Adanya "laluan Sutera" ke Canton-, China
Faktor-faktor Kemajuan Sains dan Teknologi Islam
  • Agama dan Kesatuan Budaya Islam
  • Arabisasi dan Peranan Bahasa Arab
  • Pemerintah dan Kegiatan ilmu Pengetahuan
  • Akademi , Sekolah, Balai Cerap dan Perpustakaan
  • Peranan Sarjana
  • Perdagangan Antarabangsa
Faktor kemunduran Sains dan Teknologi Islam
  • Kelemahan Politik
  • Serangan Barbar
  • Fanatisme Agama
  • Wujud Kekuatan Barat
  • Revolusi Industri

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)